Latest Comments on the Palestine-Israel Conflict
1. For 70 years the Israelis had been oppressing and subjecting Palestinians on their own land.
2. Almost daily the Israeli forces had randomly killed a few Palestinians and claimed that those killed are terrorists.
3. Who decides whether the Palestinians killed were terrorists or not? If they are suspected to be terrorists why don’t they arrest them and put them on trial?
4. They had been labelling Hamas as terrorists. But isn’t Hamas reacting as any people who had been pushed to a corner? Isn’t theirs the reaction of a people who feels helpless and had lost hope of getting help from nations proclaiming to be defenders or justice and humanity.
5. Isn’t it only expected for Hamas and any other Palestinian for that matter, who had been subjected to Israel’s occupation, bullying, massacres, genocide and apartheid, to react as what we witness today?
6. And we are also witness today of Israel’s efforts to out-terrorise Hamas. Actually, all these while it is Israel which is the terrorist, terrorising Palestinians without any sense of guilt or remorse.
7. They had killed children and babies and justified it that it was stopping them from growing up to be terrorists.
8. With that, Israel justifies murders and killings of children and babies. Doubly nauseating, they are backed by the West and the United States, which not only kept mum while Israel committed the war crimes, were even supplying arms to the murderous regime.
Let me share my thoughts above in Malay.
1. Pertamanya, saya ingin ingatkan semua orang betapa selama lebih 70 tahun Israel telah dengan kejam dan bongkak mendera orang Palestin tanpa henti.
2. Hampir setiap hari, tentera Israel membunuh beberapa orang Palestin dengan alasan mereka yang dibunuh adalah pengganas.
3. Siapa yang tentukan orang Palestin yang dibunuh adalah pengganas? Jika mereka itu disyaki pengganas, mengapa tidak ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah?
4. Israel juga melabel Hamas sebagai pengganas. Tetapi bukankah tindakan Hamas adalah tindakan orang yang sudah tenggelam punca, hilang harapan untuk mendapatkan keadilan dari Negara-negara besar yang mendabik dada sebagai pejuang keadilan dan kemanusiaan.
5. Tidakkah sesuatu yang dijangka bahawa Hamas dan juga mana-mana orang Palestin yang telah dijajah oleh Israel, didera, dibunuh and dihina seperti binatang, bertindak sebagaimana yang kita saksikan hari ini?
6. Di waktu ini juga, kita menjadi saksi kepada tindakan Israel yang berusaha mengatasi keganasan yang mereka tuduh dilakukan oleh Hamas. Jika kita renung kembali, Israel yang sebenarnya sebuah Negara pengganas yang telah berdekad lamanya melakukan keganasan ke atas orang Palestin tanpa rasa bersalah atau sebarang kekesalan.
7. Mereka membunuh kanak-kanak dan bayi orang Palestin kerana kononnya kanak-kanak dan bayi-bayi ini membesar dan menjadi pengganas. Dengan alasan tersebut mereka terus melakukan pembunuhan ke atas bayi dan kanak-kanak Palestin.
8. Yang membuat keadaan lebih memualkan ialah tindakan Israel mendapat sokongan dari Negara Barat dan Amerika yang bukan sahaja membisu apabila Israel melakukan jenayah perang, mereka malah membekalkan senjata kepada regim kejam tersebut.
Source: @Chedetofficial X. 12 Oct 2023