Skip to content

PASUKAN KESELAMATAN

PASUKAN KESELAMATAN

1. Dulu apabila berlaku rusuhan yang mendedah orang ramai kepada bahaya pembunuhan dan keseksaan, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan hantar pasukan pengaman.

2. Malaysia telah hantar pasukan pengaman ke Congo, Namibia, Cambodia, Somalia, Bosnia Herzegovina dan kini, ke Lubnan.

3. Tetapi apabila Israel melakukan pembunuhan rakyat Palestin dengan kejam untuk hapus bangsa Palestin, kenapa PBB tidak hantar pasukan keselamatan sama sekali.

4. Saya percaya Amerika Syarikat (AS) dengan kuasa vetonya memain peranan.

5. Malaysia tidak perlu hadkan pendirian kepada merayu supaya Israel hentikan serangan.

6. Kita perlu bertubi-tubi desak supaya AS henti sokongan terhadap Israel.

7. Saya yakin hanya AS sahaja yang boleh hentikan pembunuhan beramai-ramai oleh Israel.

DR MAHATHIR BIN MOHAMAD

20 November 2023

Source: @chedetofficial. 20 Nov. 2023