Skip to content

π’π„πŠπ€π“ 𝐋𝐀𝐋𝐔𝐀𝐍 πŠπ€ππ€π‹

SEKAT LALUAN KAPAL

1. Kita sokong tindakan Kerajaan Malaysia sekat Syarikat perkapalan Israel ZIM dari berlabuh di pelabuhan Malaysia. Β 

2. Ini kerana tindakan melampau dan tiada perikemanusiaan Israel terhadap penduduk Palestin perlu dikeji dan apa-apa tindakan protes yang boleh dilakukan harus diambil. Β 

3. Perlu dijelaskan bahawa Kerajaan pada tahun 2002 membenarkan ZIM berlabuh kerana ketika itu Malaysia masih menaruh harapan kepada usaha damai antara Palestin dan Israel. Β 

4. Kerajaan ketika itu pernah membenar pasukan kriket Israel dengan harapan rakyatnya dapat melihat bahawa penduduk Malaysia yang majoriti beragama Islam boleh hidup bersama rakyat beragama lain. Β 

5. Malangnya segala usaha itu jelas sia-sia kerana Israel selepas itu terus memperlihat sifat kebinatangannya dan terus membunuh rakyat Palestin. Β 

6. Laluan kepada ZIM juga sekadar kebenaran kepada perjalanan sesebuah kapal tanpa memperlihat sebarang sokongan kepada regim Israel dan tindakannya membunuh rakyat Palestin. Β 

7. Ini berbeza dengan menjadi ahli dan penyokong pertubuhan pro-Zionist yang jelas mendokong cita-cita Israel melakukan penghapusan etnik orang Palestin menerusi genocide dan pembunuhan besar-besaran.

𝐃𝐑 πŒπ€π‡π€π“π‡πˆπ‘ 𝐁𝐈𝐍 πŒπŽπ‡π€πŒπ€πƒ

20 Disember 2023