Skip to content

Sumbangan YAA @Gaza Isu penindasan saudara-saudara Islam di Palestin sememangnya…


Sumbangan YAA @Gaza
Isu penindasan saudara-saudara Islam di Palestin sememangnya sesuatu yg sangat dekat dihati YAA. Semalam satu majlis penyampaian cek sumbangan YAA kepada Perdana Global Peace Foundation (PGPF) bagi pembinaan dan penyediaan perkakasan perubatan bagi Enaya Physio & Rehab Centre di Gaza telah dijalankan.

Sejumlah RM 12,000 telah disumbangkan oleh YAA hasil kutipan Infaq Jumaat di kalangan warga ASAS pada 18/3/2022 dan telah disempurnakan oleh ir Ghazali Bujang ASAS6770.

Majlis turut diserikan dgn kehadiran mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir selaku Patron PGPF; Tan Sri Norian Mai ASAS6365 selaku Pengerusi PGPF dan Tan Sri Samsudin Hitam ASAS6465 selaku Board Member. Turut hadir wakil Muslim Care sdr Hj Zulkifli Wahijan ASAS8185, wakil MyCARE dan lain-lain.
.
.
Jom beramal dengan YAAkin
Tabung Kutipan Infaq Ramadan masih dibuka.
Layari : https://www.asas.com.my/infaq-ramadan/

Online banking:
No: 12140010001684
Bank Islam | Yayasan Amal ASAS
Mohon tuliskan ‘INFAQ RAMADAN’ di bahagian ‘recipient reference’.

Semoga sumbangan hari ini menjadi asbab pahala berterusan untuk kita di dunia dan di akhirat.

Perdana Global Peace Foundation
Dr. Mahathir bin Mohamad

#YayasanAmalASAS
#PrihatinDanMesra





Source