*ROHINGYA*
29 April 2020
1. Saya sedar kenapa orang Melayu sekarang begitu benci kepada orang Rohingya.
2.Dahulu mereka benci kepada pelarian dari Vietnam. Pada mulanya orang Melayu bersimpati dengan orang Rohingya. Dan orang Rohingya pun pilih untuk datang ke Malaysia kerana simpati dari kita.
3.Tetapi apabila jumlah menjadi begitu ramai dan ada perbuatan pelarian ini yang menyentuh perasaan orang Melayu, maka simpati bertukar jadi benci.
4.Sesungguhnya kita telah beri terlalu banyak suaka kepada pelarian. Mereka sepatutnya pergi ke negara lain. Dan negara lain juga perlu buka pintu mereka.
5.Tetapi menghalau bot berisi 400 pelarian sehingga mereka berada di laut sampai 2 bulan adalah… More